Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

PENGENALAN

Persatuan ini merupakan persatuan bagi Pegawai Kerja Sosial Perubatan (Pegawai Pembangunan Masyarakat) yang sedang berkhidmat dalam bidang perubatan di sektor kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1996. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA (Malaysian Association Of Medical Social Officers) sempena mengambil nama jawatan hakiki pegawai di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Pesatuan ini telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan – No. 2452/96 W.P. Tempat urusan Persatuan ini ialah di alamat Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia, 58-3, Blok H, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur.

VISI

Untuk menyediakan perkhidmatan sosial yang penyayang, cekap dan berkesan & untuk membantu pesakit menghadapi dengan masalah mereka yang mengganggu kesihatan mereka.

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dan membantu memenuhi keperluan asas manusia semua orang

Tujuan Penubuhan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.

  1. Meningkatkan mutu perkhidmatan di kalangan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan).
  2. Mewujudkan satu wadah di mana ahli-ahli dapat berbincang dengan bertukar fikiran mengenai hal ehwal perkhidmatan.
  3. Menjaga kepentingan kebajikan ahli-ahli.
  4. Bertindak sebagai wadah dalam menggubal perakuan-perakuan yang berkaitan dengan isu-isu Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan).
  5. Bergabung dengan badan-badan sah yang lain yang sama tujuan samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

KUASA PERSATUAN

  • Persatuan boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan kepada pesakit-pesakit dan masyarakat umum seperti memberi khidmat kemudahan asas kepada mereka.
  • Persatuan boleh menerima apa-apa sumbangan, tajaan samada dalam bentuk kewangan atau harta benda bagi menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan.
  • Persatuan boleh menganjur sebarang seminar latihan kepada ahli-ahli masyarakat berkaitan pendidikan.
  • Persatuan boleh mengadakan kutipan derma dari orang awam sepanjang masa.
  • Persatuan boleh mewujudkan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk tujuan membantu pesakit-pesakit yang mendapat rawatan dan pemulihan di hospital-hospital seluruh Malaysia.
  • Persatuan boleh memiliki harta alih atau tidak alih seperti bangunan dan tanah; boleh menyewa, memajak atau menjual sebahagian atau keseluruhan; menubuhkan syarikat perniagaan dan koperasi untuk ahli-ahli; membuat pelaburan dalam bentuk saham atau stok; meminjam dari institusi kewangan berdaftar di mana keuntungan tersebut adalah untuk kebajikan ahli-ahli dan persatuan sahaja.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PPPM(P)M

Perkara 3.2. :
Boleh menerima sumbangan, tajaan dalam bentuk kewangan atau harta benda. Boleh mengadakan kutipan derma sepanjang masa.

Perkara 3.5. :
Membenarkan pewujudan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) untuk membantu pesakit. Boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan/kemudahan untuk pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan.

Perkara 3.6. :
Membenarkan Persatuan memiliki harta, bangunan, tanah dan menubuhkan syarikat perniagaan atau koperasi.