Ahli Biasa Persatuan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan sedang berkhidmat sebagai Pegawai Kerja Sosial Perubatan/ Pegawai Pembangunan Masyarakat dalam bidang perubatan di sektor kerajaan dan swasta.
Ahli Bersekutu terbuka kepada:
Ahli Kehormat akan dilantik dari kalangan individu atau tokoh yang telah memberi perkhidmatan cemerlang kepada Persatuan atau mereka yang berjasa dalam bidang pembangunan masyarakat.
Tiap-tiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Kehormat dengan menggunakan borang permohonan yang disediakan. Setiausaha Kehormat setelah menerima permohonan itu hendaklah mengemukakan kepada mesyuarat Jawatankusa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa mengikut budibicaranya boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa sebarang sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya diluluskan hendaklah dalam tempoh 15 hari membayar yuran tahunan terlebih dahulu sebelum disahkan keahliannya.
Ahli Biasa berhak menikmati kemudahan Persatuan, menghadiri mesyuarat agung, mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.
Ahli Bersekutu dan Ahli Kehormat berhak menikmati semua kemudahan Persatuan kecuali mengundi dan diundi bagi memegang jawatan dalam Persatuan.
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia
58-3, Blok H, Platinum Walk
No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Danau Kota Setapak
Kuala Lumpur
Tel : 03-4131 2911
Mobile : 011-23707045
Faks : 03-4131 2211
Email : tkpm2452@gmail.com
Sumbangan anda membantu pesakit miskin dan yang memerlukan semasa menerima rawatan di hospital kerajaan seluruh Malaysia. Sumbangan anda layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.
(Ruj: 01/35/42/51/179-6,4650)
PENAFIAN
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman sesawang ini.
Copyright © 2018-2022 PPPM(P)M Design By Rekawebdigital