Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Perkhidmatan Sukarelawan Hospital

GARIS PANDUAN PERKHIDMATAN SUKARELA DI HOSPITAL-HOSPITAL DAN KLINIK – KLINIK KESIHATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pesakit-pesakit di hospital/ klinik kesihatan terutamanya yang mengalami kecacatan fizikal, gangguan psikologi dan/ atau menjalani rawatan jangka panjang memerlukan sokongan psikososial dan bantuan kerohanian.Ini bertujuan membina kekuatan mental, fizikal dan rohani pesakit untuk menyesuaikan diri dengan batas keupayaannya akibat penyakit yang dihidapi.

Pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital/ klinik pada kebiasaannya mempunyai sistem sokongan ahli keluarga, rakan-rakan dan persekitaran yang kondusif. Namun bagi golongan yang tidak mempunyai sistem sokongan ini, sukarelawan boleh memainkan peranan yang penting bagi menyokong objektif dan strategi perkhidmatan sukarelawan.

Perkhidmatan Sukarelawan di Hospital dan Klinik Kesihatan, KKM adalah di bawah penyelarasan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Keterangan lanjut berkenaan perkhidmatan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling KKM berikut :-

Surat Pekeliling KPK  Bil. 25/2021 – Garis Panduan Perkhidmatan Sukarela Di Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.