Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Peka B40

PeKa B40

Pegawai Kerja Sosial Perubatan membantu Pegawai Perubatan dalam proses permohonan Skim Peka B40 untuk pesakit yang layak secara online terutamanya untuk Manfaat 2 – Bantuan Alat Perubatan.

Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

Maklumat lanjut berkenaan bantuan di bawah PeKa B40 boleh didapati di laman sesawang PeKa B40 berikut:-

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.

Had maksimum  sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan. Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.