Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

PERKHIDMATAN

PERKHIDMATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGENALAN

  • Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan telah diperkenalkan di Hospital-hospital di Malaysia semenjak tahun 1952 iaitu beberapa tahun selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan. Pada peringkat awal, perkhidmatan yang diberikan lebih berupa bantuan kewangan kepada pesakit yang memerlukan, justeru itu maka nama jawatan ini dikenali sebagai ‘Lady Almoner’. Kemudian jawatan ini ditukar nama kepada Pegawai Kebajikan Perubatan. Sehingga tahun 1991 terdapat hanya 8 orang Pegawai Kebajikan Perubatan yang bertugas di Hospital Besar Negeri iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak.
 
  • Dari semasa ke semasa perkhidmatan dan peranan Pegawai Kebajikan Perubatan semakin mencabar dalam kepesatan pemodenan sejajar dengan pertambahan masalah-masalah sosial yang dibawa sama oleh arus pembangunan dalam mencapai matlamat wawasan ke arah negara maju. Selari dengan perkembangan ini maka nama jawatan Pegawai Kebajikan Perubatan juga ditukar kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan mengikut surat kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam bil. JPA(S)253/2/13klt.85(16) bertarikh 13 November 2002.
 
  • Dalam era menuju kepesatan kemajuan dan pemodenan masyarakat perlu menyelitkan unsur-unsur kemanusiaan dan kerohanian. Keberkesanan perkhidmatan rawatan sosial yang direalisasikan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan  dapat dilihat melalui peranan pegawai-pegawai tersebut di hospital-hospital. Pendekatan rawatan sosial yang dipraktikkan kepada pesakit-pesakit dapat memantapkan jiwa mereka agar lebih berkeyakinan terhadap kewibawaan diri melawan penyakit dan menjalani kehidupan berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan individu dan negara.
 
  • Saban hari masyarakat menghadapi pelbagai gejala sosial dan masalah ini dibawa ke hospital di mana intervensi Pegawai Kerja Sosial Perubatan diperlukan. Perkhidmatan kaunseling, siasatan dan penilaian psikososial serta seliaan dibuat untuk kes-kes seperti penderaan dan penganiyaan kanak-kanak, kes-kes keganasan rumahtangga, kes-kes HIV, remaja bermasalah, kes-kes ibu melahirkan anak tanpa nikah, kes buang bayi, krisis rumahtangga, masalah kekeluargaan, pengabaian orang-orang tua, kes tekanan mental, mangsa rogol dan berbagai-bagai lagi.

Atas kesedaran pentingnya perkhidmatan atau pendekatan rawatan sosial yang dijalankan oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan ke arah menyumbangkan kefungsian sosial dan meninggikan tahap kualiti dan produktiviti maka bilangan anggota Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan juga telah bertambah kepada 108 orang di seluruh Malaysia.

SKOP KERJA

Pegawai Kerja Sosial Perubatan (PKSP) merupakan kakitangan “Allied Health” Kementerian Kesihatan Malaysia yang tergolong dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan meliputi semua jabatan Klinikal yang ada di hospital melalui rujukan daripada Pakar dan Pegawai Perubatan. Penyertaan PKSP meliputi aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitatif.

KUMPULAN SASARAN

 
  1. Kes-kes penderaan dan Penganiayaan (Kanak-kanak / Wanita / Warga Tua)
 
  1. Kes-kes ketagihan ( dadah / alkohol / gam )
 
  1. Kes-kes tekanan emosi dan mental
 
  1. Kes-kes penyakit berjangkit  dan kronik (HIV / AID /STD/T.B / Barah dll.)
 
  1. Kes-kes kemiskinan yang berkaitan dengan penyakit seperti “malnutrition”
 
  1. Kes-kes cacat anggota dan cacat mental
 
  1. Ibu tanpa nikah, rogol dan keganasan rumahtangga.
 

PERUNDANGAN SOSIAL

Semasa mengendalikan kes-kes, PKSP mestilah fasih dan faham Peruntukan Akta-akta Sosial yang berkaitan . Diantaranya ialah:
 
  1. Akta Keganasan Rumahtangga
  2. Akta Kanak-Kanak 2001
  3. Akta Perlindungan Wanita dan Gadis
  4. Akta Pengangkatan
  5. Akta Orang Papa dan Pengemis
  6. Ordinan Dadah Berbahaya

PERKHIDMATAN PENCEGAHAN (PREVENTIVE)

Mengenalpasti dan mengendalikan ” Potential Social Disease”(Potensi Permasalahan / Gejala Sosial )
 
  1. Penyiasatan Sosial
 
  1. Mengadakan sesi temubual dengan individu, keluarga, majikan, sekolah dan mereka yang berkaitan.
  2. Menentukan diagnosa social ( social diagnosis)
  3. Menentukan jenis rawatan social – kesesuaian dan kelayakan bantuan.
 
  1. Pendidikan /Penyampai Maklumat dan Perkhidmatan Perundingan
 
  1. PKSP berperanan sebagai perancang dan penggerak aktiviti , kordinator, peranan sokongan , khidmat nasihat dan perundingan, pusat rujukan, menguruskan dan mengendalikan ” group kaunseling , group & family support”

PERKHIDMATAN KURATIF ( RAWATAN SOSIAL )

Ini lebih berfokus kepada intervensi terhadap masalah sosial yang dikenalpasti.
 
  1. Penilaian masalah psiko-sosial, sosio-ekonomi klien
 
Contohnya:
  1. Kualiti perhubungan  dan sokongan keluarga
  2. Sumber-sumber dalaman- kekuatan dan kelemahan diri klien
  3. Masalah ekonomi

JENIS PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN :

 
  1. Perkhidmatan Bantuan Sokongan Terapi (Support Therapy).
  2. Perkhidmatan Bantuan Praktik.
  3. Bantuan Am
 
Penyediaan laporan sosial klien / keluarga untuk membantu diagnosis, rawatan dan intervensi sokongan sosial.
 
  1. Khidmat Kaunseling / Terapi Sokongan
 
  1. Kaunseling individu
  2. Kaunseling keluarga
  3. Kaunseling kelompok / kumpulan
 
  1. Khidmat rundingan dan nasihat ( keluarga / pesakit / agensi-agensi berkaitan )
 
  1. Bantuan Praktikal / Material / Kewangan
 
  1. Menguruskan kemasukan ke institusi
  2. Bantuan peralatan perubatan / alat tiruan / prostesis bagi kes-kes yang tidak mampu
  3. Mengendalikan dan menguruskan sumber-sumber dana / kewangan
  4. Kes-kes malnutrition
  5. Keperluan tambang untuk rawatan lanjut / susulan / balik ke rumah

JARINGAN HUBUNGAN (NETWORKING)

 
  1. Inter-agency ( kerajaan dan bukan kerajaan )
  2. Intra-departmental (antara disiplin)
  3. Mengenalpasti sumber-sumber dalam komuniti
  4. Mendapat maklumat
  5. Mendapat bantuan jangka pendek dan jangka panjang (material resource mobilization)
  6. Merancang dan melaksanakan program
  7. Mengambil bahagian dengan aktiviti-aktiviti komuniti
 

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

 
  1. Pusat Jagaan Harian (Day Care Centre)
  2. Rumah Perantaraan untuk pesakit-pesakit yang bermasalah sosial
  3. Penempatan kerja
 
Program ini bertujuan mengelakkan kemasukan ke hospital yang berulangkali di samping memulihkan mereka untuk berfungsi dan di terima dalam komuniti.

PENGENALAN

Persatuan ini merupakan persatuan bagi Pegawai Kerja Sosial Perubatan (Pegawai Pembangunan Masyarakat) yang sedang berkhidmat dalam bidang perubatan di sektor kerajaan dan swasta seluruh Malaysia. Ia ditubuhkan pada tahun 1996. Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT (PERUBATAN) MALAYSIA (Malaysian Association Of Medical Social Officers) sempena mengambil nama jawatan hakiki pegawai di dalam Jabatan Perkhidmatan Awam. Pesatuan ini telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan – No. 2452/96 W.P. Tempat urusan Persatuan ini ialah di alamat Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia, 58-3, Blok H, Platinum Walk, No. 2, Jalan Langkawi, 53300 Danau Kota Setapak, Kuala Lumpur.

VISI

Untuk menyediakan perkhidmatan sosial yang penyayang, cekap dan berkesan & untuk membantu pesakit menghadapi dengan masalah mereka yang mengganggu kesihatan mereka.

MISI

Untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dan membantu memenuhi keperluan asas manusia semua orang

Tujuan Penubuhan Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia.

  1. Meningkatkan mutu perkhidmatan di kalangan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan).
  2. Mewujudkan satu wadah di mana ahli-ahli dapat berbincang dengan bertukar fikiran mengenai hal ehwal perkhidmatan.
  3. Menjaga kepentingan kebajikan ahli-ahli.
  4. Bertindak sebagai wadah dalam menggubal perakuan-perakuan yang berkaitan dengan isu-isu Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan).
  5. Bergabung dengan badan-badan sah yang lain yang sama tujuan samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

KUASA PERSATUAN

  • Persatuan boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan kepada pesakit-pesakit dan masyarakat umum seperti memberi khidmat kemudahan asas kepada mereka.
  • Persatuan boleh menerima apa-apa sumbangan, tajaan samada dalam bentuk kewangan atau harta benda bagi menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan.
  • Persatuan boleh menganjur sebarang seminar latihan kepada ahli-ahli masyarakat berkaitan pendidikan.
  • Persatuan boleh mengadakan kutipan derma dari orang awam sepanjang masa.
  • Persatuan boleh mewujudkan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia untuk tujuan membantu pesakit-pesakit yang mendapat rawatan dan pemulihan di hospital-hospital seluruh Malaysia.
  • Persatuan boleh memiliki harta alih atau tidak alih seperti bangunan dan tanah; boleh menyewa, memajak atau menjual sebahagian atau keseluruhan; menubuhkan syarikat perniagaan dan koperasi untuk ahli-ahli; membuat pelaburan dalam bentuk saham atau stok; meminjam dari institusi kewangan berdaftar di mana keuntungan tersebut adalah untuk kebajikan ahli-ahli dan persatuan sahaja.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG PPPM(P)M

Perkara 3.2. :
Boleh menerima sumbangan, tajaan dalam bentuk kewangan atau harta benda. Boleh mengadakan kutipan derma sepanjang masa.

Perkara 3.5. :
Membenarkan pewujudan Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM) untuk membantu pesakit. Boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan/kemudahan untuk pesakit-pesakit yang tidak berkemampuan.

Perkara 3.6. :
Membenarkan Persatuan memiliki harta, bangunan, tanah dan menubuhkan syarikat perniagaan atau koperasi.