Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

SENARAI PROJEK MENJANA DANA TKPM BAGI MEMBANTU PESAKIT-PESAKIT

“TKPM jangan hanya mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan, sebaliknya berusaha sendiri mencari dana melalui  kreativiti dan inovasi,  bagi memastikan bantuan kebajikan pesakit miskin ini berterusan selaras dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” 
 
Melalui projek TKPM ini, secara langsung telah merealisasikan konsep Blue Ocean Strategy, diantara TKPM dengan agensi kerajaan iaitu KKM, dimana dana yang terhasil dari projek-projek ini dikembalikan semula kepada pesakit-pesakit miskin 1Malaysia melalui bantuan kebajikan tanpa mengira kelas sosial, agama dan bangsa.
 
SUMBER PENDAPATAN DAN PROJEK – PROJEK BAGI MENJANA DANA TKPM
 
TKPM melaksanakan projek-projek hospimart, kafeteria, pastry corner, kedai kesihatan dan hospigift yang kini berjumlah 27 buah di hospital-hospital kerajaan seluruh Malaysia bagi menjana dana bagi membantu pesakit-pesakit miskin dan yang memerlukan. Melalui pelaksanaan projek ini juga, TKPM dapat menilai potensinya dalam meneroka peluang-peluang perniagaan yang meliputi kedai runcit, kafeteria, pastry corner dan hospi gift di hospital-hospital kerajaan selari dengan hasrat Kementerian agar setiap jabatan di bawahnya berdikari untuk menjana dana sendiri bagi menjalankan perkhidmatan kepada orang ramai. Perkhidmatan yang diberikan di setiap kedai runcit, kafeteria, pastry corner dan hospi gift yang dikendalikan oleh TKPM juga dipastikan mesra pelanggan, prihatin dan penyayang.
 
Selain itu, derma dan sumbangan berbentuk kewangan dan peralatan perubatan daripada orang ramai, badan-badan bukan kerajaan seperti Pusat Pungutan Zakat, individu dan syarikat swasta turut dimanfaatkan oleh pesakit-pesakit miskin. Malah, TKPM turut menganjurkan  majlis amal makan malam amal dan ‘jumble sale’ bagi menjana pendapatan kepada pesakit-pesakit hospital.
 
TUJUAN
 
  1. Projek hospimart  shoppe, kedai cenderahati, kedai pastry, kedai kesihatan dan  kafeteria adalah projek bagi mengisi dana TKPM.
 
  1. Hasil pendapatannya dapat membantu ramai pesakit miskin yang tidak mampu mendapatkan rawatan & pemulihan di hospital-hospital khususnya bagi bantuan-bantuan berbentuk segera.
 
  1. Konsep Smart Partnership dan Win-Win yang dipraktiskan oleh TKPM (Social Entrepreneurship/Social Responsibility) melalui projek-projek di hospital telah memanfaatkan pesakit-pesakit miskin hospital kerajaan seluruh Malaysia.

 

SENARAI PROJEK MENJANA DANA TKPM BAGI MEMBANTU PESAKIT-PESAKIT
HOSPIMART SHOPPE
BIL    NAMA HOSPITAL
 
1.    Hospital Duchess of  Kent, Sandakan, Sabah
2.    Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor
3.    Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak
4.    Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang
5.    Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan
6.    Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor
7.    Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang
8.    Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Negeri Sembilan
9.    Hospital Teluk Intan, Perak
10.  Hospital Bersalin, HKL, Kuala Lumpur
11.  Hospital Pasir Mas, Kelantan
12.  Hospital Miri, Sarawak
13.  Hospital Sarikei, Sarawak
14.  Fakulti Perubatan UiTM Sg. Buloh, Selangor
15.  Hospital Sungai Buloh   
16.  Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis
17.  Hospital Rompin, Pahang
18.  Hospital Segamat, Johor
19.  Hospital Kemaman, Terengganu
20.  Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan
 
HOSPI CORNER
BIL    NAMA HOSPITAL
1.    Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
2.    Fakulti Perubatan UiTM Sg. Buloh, Selangor
 
HOSPICAFE
BIL    NAMA HOSPITAL
1.    Hospital Selayang, Selangor
2.    Hospital Labuan, WP Labuan
 
KEDAI KESIHATAN
BIL    NAMA HOSPITAL
1.    Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor
2.    Hospital Ampang, Selangor
3.    Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah   
 
Nota :
20 buah Hospimart Shoppe     –    Kedai Runcit / Kedai Serbaguna
2 buah Hospi Corner              –    Kedai Pastri
2 buah Hospi Cafe                 –    Kafeteria
3 buah Kedai Kesihatan         –    Kedai Peralatan Perubatan