Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

RUMAH KASIH MUAR

RUMAH KASIH, HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH MUAR, JOHOR
 
TERMA-TERMA KEMASUKAN
1.    Kemasukan tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa yang dilantik
2.    Kes-kes mestilah dirujuk oleh Pegawai Perubatan/ Pakar ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
3.    Pesakit dan pengiring pesakit warganegara Malaysia
4.    Pesakit/ pengiring kepada pesakit yang sedang manjalani rawatan di HPSF
5.    Tinggal di Rumah Kasih semasa sedang mendapatkan rawatan di HPSF
6.    Kes-kes yang tidak akan dipertimbangkan adalah:
a.    Penagih dadah/ arak
b.    Aids/ HIV Positif
c.    Pesakit Psikiatrik
d.    Pesakit yang tidak boleh menguruskan diri sendiri
e.    Penyakit berjangkit
 
Pihak jawatankuasa Rumah Kasih berhak mengeluarkan pesakit dan pengiring mereka yang melanggar peraturan menduduki Rumah Kasih.
 
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  • Bilik tidur dilengkapi dengan kipas angina, katil, tilam, bantal, almari baju dan almari solek.
  • Ruang tamu dilengkapi dengan kipas angina, sofa dan televisyen.
  • Ruang dapur dilengkapi dengan peti sejuk dan alat pemanas air.
  • Kemudahan utiliti – air dan elektrik.
 
POLISI RUMAH KASIH
  • Pendaftaran masuk pada jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam
  • Tempoh penginapan maksima selama 3 hari sahaja.
  • Bagi pesakit yang memerlukan penginapan di sini, digalakkan ditemani oleh seorang waris.
  • Bagi waris yang menunggu pesakit, penginapan hanya untuk seorang sahaja.
  • Pesakit mestilah yang boleh menguruskan diri.
  • Pesakit tidak mempunyai penyakit berjangkit.
  • Bagi pesakit yang berulang, jika berlaku kecemasan, waris hendaklah berhubung terus ke Jabatan Kecemasan hospital ini.
  • Rokok, minuman keras dan makanan tidak halal dilarang dibawa masuk.
  • Keselamatan diri dan harta benda dibawah tanggungjwab sendiri.
  • Pesakit/ waris yang memerlukan Rumah Kasih perlu dirujuk ke JKSP terlebih dahulu.
  • Kemasukan hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.
 
RUMAH KASIH
HOSPITAL PAKAR SULTANAH FATIMAH, MUAR, JOHOR
Kelolaan ; Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Tel ; 06-952 1901 Sambungan 265