RUMAH Nur Hasanah di Beranang, Selangor adalah antara rumah transit untuk pesakit terdampar yang dirujuk kebanyakan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) pelbagai hospital kerajaan di seluruh negara. Sejak penubuhannya pada 2006, ia sudah menjadi rumah transit kepada lebih 220 penghuni. Sebahagian daripada mereka tinggal di situ untuk beberapa bulan sebelum ditempatkan di Rumah Seri Kenangan atau Rumah Ehsan milik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
PENGENALAN
Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia [PPPM(P)M] telah mengambil inisiatif menubuhkan pusat jagaan sementara (perantaraan) khusus bagi mengendalikan kes-kes terdampar. Peningkatan jumlah kes-kes terdampar di hospital-hospital kerajaan kerap menjadi masalah kepada pengurusan hospital khususnya kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan. Kesukaran mendapatkan penempatan bagi pesakit-pesakit tedampar yang telah di caj dari wad telah membawa kepada idea penubuhan penempatan sementara dikenali sebagai PUSAT JAGAAN NUR HASANAH.
LATARBELAKANG
Menyedari hakikat bahawa satu fungsi Pegawai Kerja Sosial Perubatan adalah membantu pesakit-pesakit Diwujudkan pada September 2006 bagi menyediakan penempatan sementara. Fenomena ini semakin meningkat seiring perkembangan dan kepesatan pembangunan telah memperlihatkan bahawa pendekatan ini perlu diberikan perhatian serius dangan mengambil kira pelbagai aspek emosi, sosioekonomi, rangkaian perhubungan dan sokongan keluarga. Masyarakat perlu memainkan peranan mereka bagi membantu golongan ini dalam bentuk dana dan khidmat sosial.
JUSTIFIKASI PENUBUHAN
- Membantu Pegawai Kerja Sosial Perubatan menangani masalah penempatan kes-kes yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Pegawai Kerja Sosial Perubatan kerap kali mengalami kesukaran untuk mencari penempatan sementara untuk pesakit-pesakit yang discaj dari wad berikutan bertambahnya bilangan pesakit-pesakit terdampar ini.
- Menyediakan penempatan sementara (maksimum 6 bulan) bagi kes-kes terdampar lelaki seperti berikut:-
- Pesakit terdampar tanpa waris
- Muallaf/Saudara baru
- Warga Emas
- Orang Kurang Upaya
- Sebagai transit sehingga Pegawai Kerja Sosial Perubatan dapat mengesan waris atau penempatan kekal yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Badan Bukan Kerajaan yang berkaitan.
- Menjalankan aktiviti-aktiviti bagi faedah individu seperti kaunseling, khidmat nasihat dan program kerohanian, kerja tangan, riadah serta program-program yang membawa kesejahteraan kepada penghuni.
PROSEDUR KEMASUKAN KEPUSAT NUR HASANAH
Setiap permohonan perlu dibuat kepada Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertugas di hospital yang berkaitan. Permohonan hendaklah disertai dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti laporan dari Pakar/Pegawai Perubatan dari segi diagnosis dan prognosis juga menyatakan keperluannya beserta dengan laporan sosioekonomi yang lengkap.
JENIS BANTUAN DAN SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN
- Pusat Jagaan Nur Hasanah sedia menerima sumbangan daripada individu, sektor korporat dan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.
- Dana/kewangan/geran tahunan diperlukan untuk keperluan penghuni seperti berikut:
- Makanan Harian
- Gaji Pekerja
- Pengangkutan
- Rawatan
- Penyelenggaraan Pusat Jagaan
- Aktiviti/Kerohanian
- Peralatan Pusat Jagaan/Peralatan OKU
- Pakaian
- Naik Taraf Bangunan
- Peralatan Perubatan
- Sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan JHDN 01/35/42/51/179-6,4650)