Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Perkhidmatan Social Yang Penyayang, Cekap Dan Berkesan

Persatuan Pegawai Pembangunan

Masyarakat (Perubatan) Malaysia

Pegawai Kerja Sosial Perubatan

Pusat Jagaan Teratak Abadi

PENGENALAN

Jumlah warga emas yang tinggal di institusi-insititusi kebajikan kerajaan dan bukan kerajaan didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan menyebabkan kesesakan di institusi-institusi berkenaan. Keadaan ini dijangka berterusan di masa akan datang memandangkan bilangan warga emas semakin meningkat pada tahun-tahun akan datang. Tidak dinafikan juga, perubahan gaya hidup anak-anak masa kini di bandar-bandar besar yang terpaksa bekerja suami isteri bagi menampung    pebelanjaan isi rumah yang semakin meningkat menyebabkan penjagaan ibu bapa yang telah tua semakin mencabar.

Implikasi daripada masalah ini, maka Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia telah terpanggil untuk sama-sama membantu keluarga yang menghadapi masalah menjaga ibu bapa semasa mereka bekerja dengan menyediakan pusat jagaan yang selesa supaya warga emas ini dapat menghabiskan masa tua dengan lebih aman dan tenang.

Pusat Jagaan Teratak Abadi terletak di Taman Pelangi, Kuala Lumpur yang merupakan rumah banglow 2 tingkat  dan mempunyai 8 bilik. Rumah ini ntelah diwakafkan oleh seorang hamba Allah kepada Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan untuk dijadikan Pusat Jagaan Warga Emas kendalian Persatuan Pegawai Pembangunan Masyarakat (Perubatan) Malaysia. 

Pusat Jagaan Teratak Abadi ini dijangka akan mula beroperasi pada tahun  2022 dan  akan  beroperasi  24  jam setiap hari 7 hari  seminggu.